Tools ‹ Bengkel Buat Website Termurah Di Malaysia — WordPress.
-
Recent Posts
Recent Comments
Archives
Categories
Meta
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat semua. Ini merupakan post pertama blog saya. Salam perkenalan kepada semua pengunjung Najiblog.Satu.Ws
Baiklah, untuk post pertama nie, ingin saya bincangkan sikit mengenai kenapa perlunya anda belajar buat website. Saya percaya, anda juga seperti saya yang banyak meluangkan masa melayari internet hampir setiap hari. Pada asalnya dulu saya melayari internet untuk suka-suka tanpa sebarang tujuan yang berfaedah. Selari dengan peredaran masa, kini rasanya tidak lengkap hidup saya setiap jika tidak melayari internet. Selain untuk check email (semestinya email tempahan dari pelanggan
), saya juga perlu download nota-nota terkini program pengajian jarak jauh saya dengan USM. Selain itu, sekiranya saya mempunyai sebarang persoalan yang bermain dalam fikiran, dengan segera saya akan search persoalan tersebut dengan google. Dan, dalam masa beberapa minit sahaja persoalan tersebut berjaya diselesaikan. Contohnya, saya menghadapi masalah untuk memahami cms Joomla dan Drupal, dengan search 2 perkara tersebut di Google dan Youtube, persoalan saya tadi dah pun terjawab…dengan tepat!
Okay, berbalik kepada persoalan kenapa perlu buat website…pernahkah anda terfikir sampai bila anda ingin melayari website milik orang lain, kenapa tidak anda pula yang membina website dan mengajak orang lain melayari website anda? Adakah anda fikir ianya membuang masa? hahaha..sudah semestinya tidak! Saya membina website untuk berkongsi ilmu yang saya ada. Selain itu, saya membina website juga untuk buat duit (semestinya pendapatan yang HALAL DAN BERKAT!). Okay, disini saya listkan sedikit alasan dan sebab-sebab anda perlu belajar buat website.
Mengapa anda perlu belajar buat website?
1. Untuk memasarkan produk anda ke seluruh dunia
2. Untuk memberi penerangan tentang produk anda
3. Untuk kemaskini maklumat kepada pelanggan
4. Untuk menjadi tempat pertemuan anda dan pelanggan
5. Untuk memberikan pelanggan kemudahan urusniaga
6. Untuk memperkenalkan produk terbaru anda
7. Untuk menjadikan “kedai” anda di buka 24 jam sehari tanpa henti
8. Untuk mendapat maklumbalas daripada pelanggan anda
9. Untuk menaikkan kredibiliti anda di mata pelanggan
10. Untuk menunjukkan bahawa perniagaan anda adalah “up-to-date”
Umm..nampak macam keperluan tersebut lebih fokus kepada mereka yang berniaga. Kalau tak berniaga pun bagi saya memiliki website adalah merupakan sesuatu yang penting juga. Mungkin ia berguna untuk tujuan peningkatan kerjaya kita! Anda ada idea lain kenapa perlu belajar buat website? Kongsikan dengan saya melalui komen…Jumpa lagi